Surau Desa Restu

surau
desa restu

Pengenalan

Tapak Surau Desa Restu terletak di Lot 8154-8155 Desa Restu, Sepang, Selangor. Ia lahir dari impian dan semangat penduduk Desa Restu yang sudah lama mendambakan sebuah surau sendiri. Lebih 10 tahun mereka bersabar, merancang, dan mencari jalan dan akhirnya, impian itu kini semakin hampir menjadi kenyataan. Surau ini bukan sekadar tempat menunaikan solat, tetapi bakal menjadi pusat komuniti, tempat penyatuan masyarakat, penyemaian nilai-nilai murni dan penganjuran aktiviti keilmuan. Surau ini juga diimpikan sebagai pusat perpaduan dikalangan penduduk berbeza jalan dan lorong. Dalam dunia yang serba mencabar, kewujudan sebuah surau yang bukan hanya tempat ibadah tetapi juga pusat pembangunan modal insan amatlah diperlukan. Ia bakal menjadi simbol kekuatan ukhuwah masyarakat Islam tempatan.

Objektif Pembinaan Surau Desa Restu

Membina sebuah surau yang selesa, selamat, untuk ibadah dan majlis-majlis ilmu.

Mewujudkan pusat solat berjemaah & kegiatan keagamaan.

Mewujudkan pusat kegiatan masyarakat (rakan surau).

Memperkukuhkan perpaduan dan kefahaman agama Islam di kalangan penduduk.

Melaksanakan kelas mengaji dan fardhu ain.

Perancangan Pembangunan Surau

Perancangan bagi kemudahan yang akan disediakan di surau termasuklah :
  1. Dewan solat jemaah yang selesa, berkapasiti 200 orang, lengkap dengan kemudahan pembesar suara dalaman untuk tujuan ibadah dan juga majlis ilmu.
  2. Ruang belajar atau kelas mengaji lengkap dengan papan hitam dan kemudahan berkaitan.
  3. Ruang mengambil wudhu’ dan juga tandas berasingan dengan dewan.
  4. Kawasan letak kereta dan motosikal untuk kemudahan jemaah.
  5. Surau ini akan dibina dengan rekabentuk boleh naik taraf untuk perancangan masa depan.

Plan Lokasi Surau Desa Restu

Jurucakap Surau Desa Restu, Sepang

Surat Kebenaran Kutipan PWS

Senarai Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau Desa Restu

Mari Menderma

Nombor Akaun

5624 3254 6973

Pemegang Akaun

Surau Desa Restu

Surau Desa Restu dirancang untuk mula dibina pada tahun 2026 dengan kapasiti awal menampung sehingga 500 jemaah. Reka bentuk surau ini fleksibel dan boleh dinaik taraf pada masa hadapan menjadi Surau Solat Jumaat, selaras dengan pertambahan penduduk dan keperluan komuniti.
Kutipan setakat 31/12/25

RM109,291.27/RM1,500,000
7.29%

Infak, sedekah atau wakaf untuk pembinaan Surau Desa Restu dalam bentuk Singapore Dollar (SGD)

Infak, sedekah atau wakaf untuk pembinaan Surau Desa Restu dalam bentuk Brunei Dollar (BND)

Infak, sedekah atau wakaf untuk pembinaan Surau Desa Restu dalam bentuk Indonesia Rupiah (IDR)

Infak, sedekah atau wakaf untuk pembinaan Surau Desa Restu dalam bentuk Ringgit Malaysia (MYR)

Scroll to Top